Kisahnya bermula apabila pada suatu ketika dahulu pekan Karak adalah kawasan perlombongan bijih timah yang besar. Disebabkan hasil bijih timah yang sangat banyak pada waktu itu, masyarakat setempat menyebutnya sebagai ber"kerak". Perkataan "kerak" inilah yang kemudiannya sering disebut dan akhirnya menjadi satu perkataan baru iaitu "KARAK".
Manakala Kg. Tok Muda Hj Mohamad pada asalnya dikenali sebagai Kg. Sungai Karak dan disebut juga sebagai Kg. Bukit.
Nama Kg. Tok Muda Hj Mohamad diambil sempena nama Penghulu Mukim Sabai yang bernama Tok Muda Hj. Mohamed Bin Hj. Ishak yang telah banyak berjasa membangunkan kampung ini. Semasa hayatnya, beliau amat mesra dengan penduduk dan sentiasa bermanis muka dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan darjat.